Monday, March 29, 2010

SEKOLAH AGAMA FELDA PAPAN TIMUR


SEJARAH

Sekolah Agama Felda Papan Timur telah mula beroperasi sekitar tahun 1978. Sekolah ini didirikan
dengan inisiatif peneroka felda dengan mengumpulkan derma dari peneroka dan mereka
bergotong royong mendirikan sekolah ini.
Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai satu bangunan dengan empat bilik darjah.
Guru-guru terdiri daripada seorang guru kerajaan dan lima orang guru Felda.
Pada awalnya sekolah ini menjalankan P&P dari darjah 1 hingga darjah 5 sahaja.
Sekolah Agama Felda Papan timur pada hari ini mempunyai dua blok bangunan
yang mengandungi bilik guru, bilik sumber, lima buah bilik darjah, kantin, stor, tandas murid dan tandas guru.
OBJEKTIF
• Melahirkan Pelajar yang mengamalkan corak hidup
berlandaskan AlQuran dan Assunnah
• Meletakkan Sekolah Agama FELDA Papan Timur pada peringkat yang dibanggakan oleh
pelajar , Guru ,Masyarakat setempat dan Jabatan Agama Johor
• Melahirkan Pelajar yang dapat memberi sumbangan bagi memenuhi keperluan Agama,
Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment